Make your own free website on Tripod.com

Negeri Perak Darul Ridzuan yang juga dikenali sebagai Bumi Bertuah, dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Anugerah yang sebegini menjelaskan keaslian dan kemesraan layanan rakyat negeri ini. Ianya kaya dengan sejarah, adat resam, dongengan rakyat dan warisan turun temurun. Perak merupakan sebuah negeri yang dilimpahi dengan khazanah-khazanah purba yang masih utuh walaupun telah lama dimakan usia, pulau peranginan yang disinari panas mentari, lautan dan pasir pantai yang bersih dan indah termasuklah hutan dara tropika, yang menawarkan alam percutian yang menarik hati beserta keseronokan yang berterusan. Tidak ketinggalan, taman-taman rekreasi semulajadi dan pelbagai jenis muzium yang memuatkan segala jenis khazanah untuk tatapan dan kajian semua. Nikmatilah khazanah ini yang akan menjadikan Perak sebagai satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan bagi percutian anda.